Ahad, 27 Julai 2014

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar.
Wallillailhamd.
Segala puji kita panjatkan ke hadrat Ilahi, setelah sebulan Ramadhan diharungi, kini bulan mulia Eidulfitri bakal dirai.

Ramadhan kali ini kita turut dikejutkan dengan penderitaan saudara seagama di Gaza, akibat kezaliman regim Zionis Israel yang semakin angkuh dan biadap. Demikian juga kekejaman gerombolan di Ukraine yang mengorbankan anak kapal serta penumpang pesawat Malaysia Airlines MH17. Dunia Islam terus dilanda malapetaka – di Syria, Iraq dan Afghanistan. Kita meneruskan ikhtiar melalui doa dan munajat, agar pertolongan Allah SWT dapat mempermudahkan keadilan tertegak, insyaAllah.

Salam Eidulfitri 1435 Hijrah.
Minal ‘aidil wal faiziin.
Maaf zahir dan batin.

Rabu, 14 Januari 2009

Merdekakah minda kita.

Merdeka....merdeka....merdeka....
Ia merupakan suatu perkataan yang begitu mudah untuk disebut, sesiapa sahaja boleh menyebutnya. Adakah semua orang yang menyebutnya itu mengerti akan maknanya.Adakah pengertian mereka terhadap perkataan ini menuju kearah yang sama?.
Hari ini negara kita telah merdeka melebihi dari 50 tahun. Jika angka ini merupakan usia seseorang sudah tentu ia merupakan seorang yang sudah cukup matang.Kematangan merupakan tanda aras terhadap tahap kewarasan minda seseorang.Orang-orang yang dianggap matang biasanya mempunyai ilmu yang tinggi,lebih bijaksana, berpengalaman luas dan boleh dijadikan sebagai sumber rujukan oleh masyarakat umum.
Adakah kita sedar bahawa seseorang yang matang itu juga mempunyai minda yang merdeka?.Mengapa persoalan ini ditimbulkan?.Tidak ramai orang yang sedar bahawa kemerdekaan itu terbahagi kepada dua ia itu pertama merdeka dari sudut fizikal dan kedua merdeka dari sudut minda.Apa yang berlaku sekarang hampir keselurohan rakyat Malaysia hanya merdeka dari sudut fizikal sahaja.
Tidak kira apa status mereka sama ada profesional atau sebaliknya jelas menampakan bahawa mindanya masih terkongkong.Fenomena ini boleh dibuktikan hanya melalui permerhatian mudah diatas isu-isu yang dipaparkan oleh media massa yang memerlukan hujah,pandangan, cadangan, penjelasan,kritikan dan sebagainya yang mementingkan kebebasan minda untuk merungkai permasaalahan.
Kebanyakannya hanya membicarakan soal kebebasan jasmani dan melupakan soal kebebasan rohani sedangkan tubuh manusia itu terdiri dari dua unsur ini.Minda yang merdeka akan dapat membimbing jasmani kejalan yang baik.Dengan kata lain minda yang merdeka boleh menolak kejahatan dan berani menerima risiko atas dasar kebenaran.
Berani menyatakan kebenaran walaupun berhadapan dengan ancaman yang bakal merugikan diri. Marilah kita menghayati semangat kemerdekaan dan janganlah membiarkan pemikiran kita begitu mudah dijajah oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan demi untuk kepentingan diri, mengekalkan kuasa, menyembunyikan kebenaran dan tidak amanah.
Menyorot kembali mengapa para pejuang kemerdekaan dahulu begitu berani menyuarakan penentangan mereka terhadap penjajah?. Jawapannya adalah kerana minda mereka tidak dapat dijajah oleh British, minda mereka tetap merdeka walaupun mereka telah diberi sogokkan yang lumayan supaya menghentikan penentangan.
Bagi mereka apalah erti kemewahan sedangkan minda mereka dikongkong, membiarkan pemerintah bertindak sesuka hati, rakyat ditindas dan diperbodohkan sementara pemerintah mengaut kekayaan negara dengan rakus. Mereka menolak dasar pemerintah yang tidak bermoral walaupun mereka menyedari akan akibat buruk hasil dari ketegasan mereka dalam menyatakan hak dan menuntut keadilan.
Adalah satu kepuasan dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan apabila mendapat tentangan dari juak-juak kemungkaran yang sentiasa mengharapkan habuan daripada ketuanya. Pelbagai onar dan fitnah ditabur untuk menghalalkan apa jua tindakan asalkan dapat mebelengu minda rakyat. Juak-juak kemungkaran akan terus mengasak dari segenap sudut untuk menutup kejahatan ketua yang ditaatinya.
Jika dibandingkan dengan keadaan pada masa sekarang nampaknya lebih dahsyat lagi. Memang negara kita telah merdeka dan melahirkan begitu ramai sekali para cendikiawan serta para profesional. Pemerintah pula adalah terdiri dari anak bangsa sendiri. Apa yang menjadi persoalanya disini ialah sejauh mana kebebasan minda seseorang individu itu dalam menyatakan kebenaran untuk menegakkan keadilan.
Keterpenjaraan minda amat kerata apabila kita melihat bagaima tokoh-tokoh akademik, para profesional atau cendikiawan menyatakan pandangan dan pendapat mereka dalam sesuatu isu yang melibatkan pemerintah. Mereka cuba sedaya upaya menghalalkan apa sahaja yang dilakukan dengan mengelirukan rakyat supaya nampak kewajarannya.
Mereka memenjarakan minda mereka kerana takutkan hukuman yang akan menyusahkan diri dan hilang segalanya, rela meredhakan kejahatan asalkan hidup senang dan mewah. Apa bezanya minda mereka pada hari ini dengan minda juak-juak penjajah dahulu. Tidak ada bezanya malah lebih hina lagi kerana tindakan mereka ini boleh menjatuhkan mertabat bangsa sendiri.
Sama-samalah kita fikirkan.
Sekian.